Friday, October 22

Blog

Cara mudah mengenal pasti ketulenan madu
i-Sihat

Cara mudah mengenal pasti ketulenan madu

KUALA LUMPUR: Madu mempunyai pelbagai khasiat sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan. Bagaimanapun, tidak semua madu yang ada di pasaran asli kerana kebanyakannya sama ada dicampur gula ataupun diperbuat daripada gula. Ada yang mengatakan madu yang tidak asli akan dikeremuni semut kerana kandungan gula, manakala madu asli tidak akan didekati semut. Di Malaysia, madu asli dihasilkan oleh dua jenis lebah iaitu lebah madu (lebah) dan lebah kelulut (kelulut). Lebah madu adalah lebah yang menyengat (stinging bee), manakala lebah kelulut adalah lebah yang tidak menyengat (stingless bee). Kajian beberapa penyelidik tempatan antaranya penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail mendapati madu bukan sahaja boleh mengurangkan batuk, tetapi juga...
Jumlah kalori dan lemak berbeza bagi setiap bahagian potongan ayam
Makan2Makan

Jumlah kalori dan lemak berbeza bagi setiap bahagian potongan ayam

Ramai gemar memilih paha ayam atau kepak ayam terutama apabila digoreng atau dibakar kerana dikatakan lebih rangup dan lembut. Tidak kurang juga yang menggemari dada ayam kerana lebih banyak daging, manakala kaki ayam yang dibasuh bersih dan dimasak sup atau kari juga mempunyai peminat tersendiri khususnya di Korea Selatan. Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi akaun Facebook Nutritionist Perak, paha ayam bukan sahaja mengandungi tinggi lemak, tetapi juga kalori. “Bahagian paha ayam atau lebih dikenali sebagai chicken drumstick dan bahagian atas paha ayam (chicken thigh) adalah bahagian yang mengandungi tinggi lemak iaitu 13.1 g. “Lemak pada bahagian ini diperoleh daripada kulit yang melapisinya, justeru pengguna dikehendaki berhati-hati ji...
Beli sepasang kasut Skechers pada harga RM1
Citra Cantik

Beli sepasang kasut Skechers pada harga RM1

KUALA LUMPUR: Jika ingin memilih kasut biar alah membeli, tapi menang memakai. Itulah kenyataan yang sesuai bagi menggambarkan himpunan baharu Skechers, jenama kasut terkenal yang digemari bukan sahaja kerana rekaannnya, tetapi juga inovasi dihasilkan. Khusus untuk peminat jenama terkenal itu, Skechers Malaysia kini menawarkan pembelian sepasang kasut pada harga RM1 bagi setiap pembelian sepasang kasut pertama. Tawaran istimewa itu hanya boleh didapati bermula 3 Julai 2020 sehingga 2 Ogos 2020 bagi kasut terpilih. Bagaimanapun tawaran itu tidak terpakai di cawangan Skechers di Genting Highlands Premium Outlets, Johor Premium Outlets, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, Design Village Outlet Mall, Freeport A’Famosa Outlet, The Mines Shopping Mall, Cheras Leisure Mall, Elements Mall,...