Cold V bantu kulit tegang
Bayangkan jika anda memiliki badan ramping dan menjalani diet seimbang, tetapi kulit pada bahagian bawah lengan menggeleber akibat penurunan berat badan.
MInyak kelapa baik untuk kulit. Kredit foto: klikdokter.com
Lebih memburukkan keadaan, kulit pada bahagian bawah perut juga menjadi lembik dan mengendur disebabkan kesan sama, iaitu penurunan berat badan yang tidak disertai senaman atau latihan fizikal.
Sehubungan itu, pastikan senaman membabitkan pergerakan fizikal dilakukan bagi mengelakkan kulit pada bahagian tertentu anggota badan tidak kelihatan buruk.
Namun begitu, mungkin ada antara kita tidak mempunyai kesempatan untuk melakukan senaman fizikal bagi mengelakkan kulit pada bahagian tertentu badan mengendur.
Krim sejuk daripada ekstrak bahan alami ini diy...