Saturday, May 10

Blog

Libresse lancar V- Kebaya Edisi Terhad untuk wanita
i-Sihat

Libresse lancar V- Kebaya Edisi Terhad untuk wanita

Sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu, jenama Libresse melancarkan koleksi baharu Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad yang direka bagi mengembalikan keyakinan Zon-V melalui interpretasi moden corak Kebaya Nyonya. Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad. Libresse® yang terkenal dengan perjuangan dan usaha memperkasa wanita Malaysia, menggunakan corak bunga kekwa dan peony di atas kebaya yang menghias rekaan bungkusan dan pad edisi ini untuk meraikan semangat wanita Malaysia yang kekal yakin dalam usaha  menormalkan tabu berkaitan Zon-V. Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin Vinda Malaysia, Deenie Ong, berkata Kebaya Nyonya kekal menjadi ikon pakaian tradisi disukai  wanita Malaysia dan ini memberi inspirasi kepada pihaknya untuk melancarkan koleksi edisi terhad Hari Malaysia yang ...
Pfizer lancar antibiotik baharu
i-Sihat, Zona Didik

Pfizer lancar antibiotik baharu

Antibiotik sering diabaikan pengambilannya dan tidak mengikut saranan doktor sepenuhnya walaupun fungsinya sangat besar dalam memastikan kesihatan individu berada pada tahap memuaskan. Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Jerusha Naidoo, Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Jerusha Naidoo, berkata Pfizer secara rasmi melancarkan Zavicefta®, sejenis antibiotik gabungan baharu yang dihasilkan untuk merawat jangkitan serius bakteria Gram-negatif yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital, di Malaysia. “Zavicefta® dilancarkan untuk membantu pesakit yang mengalami jangkitan serius dan dihasilkan untuk menangani bakteria Gram-negatif yang sukar dirawat, di mana banyak jenis semakin kuat rintangan terhadap antibiotik sedia ada. “Terapi antibiotik awal yang mencukupi adalah pe...
Manjakan Diri Anda Dengan Bahan Alami
Citra Cantik

Manjakan Diri Anda Dengan Bahan Alami

Minyak kelapa dara terkenal dengan manfaat kaya antioksidan dan dikatakan berupaya melambatkan proses penuaan pada kulit menyebabkan bahan berkenaan sering menjadi pilihan dalam pembuatan kosmetik. Dermoseries diperkaya dengan bahan semula jadi seperti ekstrak soya dan kelapa dara. DR IRMA Dermoseries (Dermoseries), turut mengambil kebaikan minyak kelapa dara dengan menjadikannya sebagai bahan utama dalam pembuatan bahan penjagaan kulit wanita. Pengasas DR. IRMA, Dr Irma Shida Abu Samah merupakan doktor gigi bertauliah yang mempunyai sebuah klinik pergigian di Johor. Pengasas Dermoseries, Dr Irma Shida Abu Samah berkata minyak kelapa dara dan biji soya adalah antara bahan utama dalam pembuatan bahan penjagaan kulit yang diformulasikan beliau dan tidak mengandungi bahan berbaha...
OYO lancar VaccinAid di Malaysia
i-Sihat

OYO lancar VaccinAid di Malaysia

Pengambilan vaksin penting bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 sekali gus menyediakan benteng pertahanan untuk badan supaya mampu melawan virus berkenaan. Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia & Singapura, Tan Ming Luk. Kredit Foto: Rantau Golin Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia &Singapura, Tan Ming Luk,  berkata, selaras dengan tuntutan kerajaan yang menyediakan suntikan vaksin percuma untuk rakyat,  OYO menjalakann langkah seiring untuk memudahkan pengunjung atau pelanggan OYO menyemak status kakitangan hotel sekiranya mereka ingin menginap di situ. “OYO telah memperkenalkan VaccinAid di Malaysia, seiring dengan matlamat Pelan Pemulihan Negara (PPN) diperkenalkan Kerajaan dalam meningkatkan keyakinan pelancong serta menghidupkan semula industri ...
Habib rai kemerdekaan negara dengan metafora Rama-rama
Citra Cantik

Habib rai kemerdekaan negara dengan metafora Rama-rama

Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-64 pada 31 Ogos lalu, saudagar emas Habib mengambil metafora rama-rama sebagai meraikan hari penuh makna negara ini. Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Sri Meer Habib, bersama lukisan dihasilkan Najib. Kempen menerusi metafora rama-rama dinamakan Keindahan Merdeka itu mencerminkan harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Sri Meer Habib, berkata pandemik Covid-19  memberi impak besar kepada negara dan seharusnya membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan.’ Wang kemas dihasilkan Habib untuk metafora rama-rama sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-64. “Kita semua terpaksa berkurung d...
Pelitup muka antimikrob khusus untuk kanak-kanak
i-Sihat

Pelitup muka antimikrob khusus untuk kanak-kanak

Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat melaporkan bahawa kes COVID-19 di kalangan kanak-kanak terus meningkat sejak Ogos 2020 hingga Julai 2021 dan Berita Harian baru-baru ini juga turut melaporkan 47 kanak-kanak di negara ini meninggal disebabkan wabak sama. Pastikan anak memakai pelitup muka apabila mahu melakukan aktiviti di luar rumah. Justeru, tindakan paling utama bagi memastikan anak terhindar daripada sebarang ancaman berkaitan wabak sejagat itu ialah memastikan anak memakai pelitup muka setiap kali melangkah keluar dari kediaman. Pelitup  muka Active Mask Jr dan Air Mask Jr 2.0 keluaran syarikat sosial teknologi Oura (Oura) dari Amerika Syarkat ini sesuai untuk memastikan anak terpelihara daripada tersedut habuk atau elemen yang tidak diingini. Oura adalah pelitup muka...
Texas Chicken Merdeka Beats semarakkan irama Malaysia
Gaya Hidup

Texas Chicken Merdeka Beats semarakkan irama Malaysia

Makan ayam, pasti teringat Texas Chicken Malaysia (Texas Chicken) yang menawarkan pelbagai menu berasaskan ayam, enak dan menyelerakan. Texas Chicken menawarkan harga menarik untuk hari ini sahaja sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-64. Kredit foto: Texas Chicken Malaysia. Sempena kemerdekaan negara yang ke 64, Chicken Texas bukan sahaja menawarkan hidangan ayam pada harga berpatutan, tetapi turut mempelawa rakyat Malaysia berkongsi bakat dan kretiviti dalam mencipta video muzik berasaskan irama Malaysia. Pemangku Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia, Jean Tan, berkata Texas Chicken Malaysia ingin menyemarakkan warisan Malaysia dan meraikan bakat tempatan melalui muzik, dalam kempen Merdeka Beats. “Selama beberapa generasi, rakyat Malaysia bersatu dengan diinspirasikan oleh ...
Mondelez kongsi rahsia terapi snek
Gaya Hidup

Mondelez kongsi rahsia terapi snek

Hasil tinjauan menerusi ‘Kajian Pengguna 2021 tentang ‘Snek Bijak’dilakukan Mondelez International Malaysia (Mondelez Malaysia) mendapati 74 peratus rakyat Malaysia mengambil snek sebagai sumber mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran manakala 40 peratus lagi mengambil snek sebagai alas perut pada waktu makan. Ketua Pemakanan Mondelēz International Southeast Asia. Lim Chain Yin, berkata amalan snek bijak tidak bermaksud individu mesti membuat pilihan antara pemakanan sihat atau mengelakkan snek. “Konsep yang ingin kami sampaikan adalah bagaimana anda harus kunyah perlahan-lahan, menikmati setiap suapan dan tumpukan semua pancaindera anda ketika menikmati snek berkenaan,” “Misi kami adalah bagi memperkasa dan membudayakan tabiat pengambilan snek pilihan anda yang betul sekali...
PediaSure Growth Cam bantu ibu kesan anak bantut
Gaya Hidup

PediaSure Growth Cam bantu ibu kesan anak bantut

Kajian menunjukkan bahawa 60 peratus pertumbuhan tinggi kanak-kanak berlaku pada lima tahun pertama  kehidupan. Sehubungan itu, ibu bapa perlu memberi perhatian apabila anak memperlihatkan sikap tidak mahu makan kerana pemakanan turut mempengaruhi pertumbuhan mereka. Pastikan si kecil anda tidak mengalami bantut dengan PediaSure GrowthCam. Kredit foto: PediaSure. Pengarah perubatan, perniagaan pemakanan Abbott Malaysia, Dr Nina Mazera Mohd Said, berkata pemakanan penting untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak secara sihat. "Pertumbuhan yang perlahan bukan hanya masalah fizikal, bahkan keadaan berkenaan turut mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. “Justeru, untuk membantu ibu bapa mengenali tanda anak kekurangan zat makanan dan memastikan pertumbuhan anak b...
Imuniti jadikan hidup lebih aktif
i-Sihat

Imuniti jadikan hidup lebih aktif

Imuniti badan penting untuk memastikan badan kekal cergas dan sihat walau apa jua situasi semasa dihadapi terutama pada musim pandemik Covid-19 ini. Dr Kent Woo berkongsi maklumat mengenai imuniti pada majlis pelancaran kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda. Bagi individu dewasa langkah awal dan paling mudah yang boleh dilakukan ialah memastikan diri mengambil makanan berkhasiat dan cukup tidur. Perunding Perubatan yang juga Pakar Alergi dan Imunologi Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur, Dr Kent Woo Chee Keen berkata, setiap individu perlu memastikan badan memiliki daya tahan untuk mengelak dihidapi pelbagai penyakit. “Apabila tahap imuniti merosot seiring peningkatan usia, daya tahan kita semakin lemah menyebabkan badan manusia lebih terdedah kepada jangkitan da...