Friday, July 11

i-Sihat

OYO lancar VaccinAid di Malaysia
i-Sihat

OYO lancar VaccinAid di Malaysia

Pengambilan vaksin penting bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 sekali gus menyediakan benteng pertahanan untuk badan supaya mampu melawan virus berkenaan. Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia & Singapura, Tan Ming Luk. Kredit Foto: Rantau Golin Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia &Singapura, Tan Ming Luk,  berkata, selaras dengan tuntutan kerajaan yang menyediakan suntikan vaksin percuma untuk rakyat,  OYO menjalakann langkah seiring untuk memudahkan pengunjung atau pelanggan OYO menyemak status kakitangan hotel sekiranya mereka ingin menginap di situ. “OYO telah memperkenalkan VaccinAid di Malaysia, seiring dengan matlamat Pelan Pemulihan Negara (PPN) diperkenalkan Kerajaan dalam meningkatkan keyakinan pelancong serta menghidupkan semula industri ...
Pelitup muka antimikrob khusus untuk kanak-kanak
i-Sihat

Pelitup muka antimikrob khusus untuk kanak-kanak

Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat melaporkan bahawa kes COVID-19 di kalangan kanak-kanak terus meningkat sejak Ogos 2020 hingga Julai 2021 dan Berita Harian baru-baru ini juga turut melaporkan 47 kanak-kanak di negara ini meninggal disebabkan wabak sama. Pastikan anak memakai pelitup muka apabila mahu melakukan aktiviti di luar rumah. Justeru, tindakan paling utama bagi memastikan anak terhindar daripada sebarang ancaman berkaitan wabak sejagat itu ialah memastikan anak memakai pelitup muka setiap kali melangkah keluar dari kediaman. Pelitup  muka Active Mask Jr dan Air Mask Jr 2.0 keluaran syarikat sosial teknologi Oura (Oura) dari Amerika Syarkat ini sesuai untuk memastikan anak terpelihara daripada tersedut habuk atau elemen yang tidak diingini. Oura adalah pelitup muka...
Imuniti jadikan hidup lebih aktif
i-Sihat

Imuniti jadikan hidup lebih aktif

Imuniti badan penting untuk memastikan badan kekal cergas dan sihat walau apa jua situasi semasa dihadapi terutama pada musim pandemik Covid-19 ini. Dr Kent Woo berkongsi maklumat mengenai imuniti pada majlis pelancaran kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda. Bagi individu dewasa langkah awal dan paling mudah yang boleh dilakukan ialah memastikan diri mengambil makanan berkhasiat dan cukup tidur. Perunding Perubatan yang juga Pakar Alergi dan Imunologi Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur, Dr Kent Woo Chee Keen berkata, setiap individu perlu memastikan badan memiliki daya tahan untuk mengelak dihidapi pelbagai penyakit. “Apabila tahap imuniti merosot seiring peningkatan usia, daya tahan kita semakin lemah menyebabkan badan manusia lebih terdedah kepada jangkitan da...
Atasi Dermatitis Atopik dengan Relizema Dermarel
i-Sihat

Atasi Dermatitis Atopik dengan Relizema Dermarel

Dermatitis Atopik (DA) atau Ekzema Atopik adalah penyakit kronik yang penghidapnya lebih 20 peratus adalah kanak-kanak dan 8 peratus orang dewasa di seluruh dunia. Jumlah global yang dianggarkan adalah sekitar 230 juta itu terus bertambah, terutamanya di Asia, Afrika dan di Eropah Barat serta sebahagian Eropah Utara. Sapuan krim mengandungi emolien boleh mengatasi keradangan dan kegatalan pada kulit. Pengurus Produk Kumpulan bagi Portfolio Respiratori, Dermatologi & Kesakitan di A Menarini Singapore Pte Ltd, Christy Phang berkata, disebabkan DA adalah satu keadaan kronik yang masih tiada penawar, rawatan perlulah dirancang secara jangka panjang dan perhatian khusus haruslah diberikan kepada aspek keselamatan jangka panjang juga. “Menerusi empat komponen utama, iaitu...
Berus Interdental jadikan gigi lebih bersih
i-Sihat

Berus Interdental jadikan gigi lebih bersih

Sebagaimana kulit wajah yang menjadi keutamaan dalam penjagaan harian, gigi juga adalah antara perkara penting yang perlu dijaga. Jangan fikir apabila melihat gigi tersusun cantik bak mutiara, ia bebas daripada sebarang masalah atau kerosakan. Berus kecil yang boleh didapati dalam pelbagai warna ini berfungsi membersikan gigi hingga ke bahagian yang paling dalam (gambar hiasan). Kredit foto: Lazada.com Ini kerana bakteria yang ada di dalam mulut akan bertindak merosakkan tulang gigi seterusnya akan berlaku kerosakan yang lebih teruk terhadap gigi. Keadaan itu boleh menyebabkan nafas berbau, gigi dan gusi juga akan terjejas teruk. Doktor Nur Ayman Ab Haei dari klinik pergigian di Ampang, berkata ada banyak alat permbersih gigi yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerosakan ...
Mikroalga bantu alami penuaan secara sihat, tiada penyakit
i-Sihat

Mikroalga bantu alami penuaan secara sihat, tiada penyakit

Penting bagi setiap individu melindungi diri daripada tekanan oksidatif yang disebakan radikal bebas  yang ada di dalam sel tubuh badan kerana radikal bebas boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Antara penyakit kronik berpunca daripada radikal bebas adalah seperti barah, kencing manis, Alzhemeir dan penyakit berkaitan kardiovaskular. Radikal bebas dalam sel badan juga akan menyebabkan berlakunya kerosakan sel, protein dan DNA tubuh badan manusia. Prof Arbakariya (kiri) dan Lee Bin Hao ketika ditemui usai majlis berkenaan. Foto: Arkib Zona Suri. Sehubungan itu, antioksidan diperlukan oleh setiap individu bagi mengelakkan badan berhadapan masalah yang membawa kepada penuaan pramatang termasuklah faktor yang lebih memburukkan lagi tahap kesihatan seperti gaya hidup, te...
Tangani diabetes secara berkesan dengan Glucerna
i-Sihat

Tangani diabetes secara berkesan dengan Glucerna

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan peningkatan mendadak jumlah pesakit diabetes di Malaysia yang berusia lebih 18 tahun, iaitu daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada 2019. Bubur oat Glucerna boleh dinikmati tanpa perlu risau glukos di dalam darah. Gambar: Arkib Zona Suri. Angka berkenaan menunjukkan diabetes antara penyakit yang disebabkan oleh amalan gaya hidup tidak sihat yang wajar ditangani segera sekiranya tidak mahu hidup terjejas disebabkan penyakit berkenaan. Diabetes berlaku apabila insulin dalam badan tidak dapat mengawal atau menurunkan tahap glukos yang tinggi di dalam darah seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit lain muncul sekiranya tidak ditangani dengan berkesan. Oktober lalu, Abbott telah menjalankan satu ti...
NKF bantu kurangkan beban pesakit buah pinggang
i-Sihat

NKF bantu kurangkan beban pesakit buah pinggang

KUALA LUMPUR: Kegagalan buah pinggang sering dianggap penyakit ‘orang kaya’ berikutan rawatannya yang agak mahal. Pesakit bukan sahaja perlu menjaga pemakanannya, tetapi juga melakukan rawatan dialisis antara dua hingga tiga kali seminggu, sepanjang hayat. Dianggarkan rawatan bagi seorang pesakit buah pinggang adalah kira-kira antara RM700 hingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Bagi pesakit yang kurang berkemampuan, lazimnya rawatan dialisis boleh dilakukan di hospital kerajaan, manakala bagi bekas penjawat awam kos rawatan akan ditanggung kerajaan. Menyedari keperluan itu, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) melancarkan Program Bantuan Kacang Merah atau Red Bean Assistance Programme bagi membantu pesakit buah pinggang. Program yang dilancarkan pada 1 Ogos 2019 d...
Beauty & Co tawar rawatan baharu atasi masalah inkontinens wanita
i-Sihat

Beauty & Co tawar rawatan baharu atasi masalah inkontinens wanita

KUALA LUMPUR: Kebanyakan wanita akan mengalami masalah mudah terkucil selepas bersalin terutama ketika batuk, malah dalam keadaan tertentu masalah berkenaan boleh berlaku ketika ketawa. Menurut portal MyHealth, masalah berkenaan dikenali sebagai inkontinens stres yang lazimnya disebabkan otot lantai pelvis (pinggul) menjadi lemah selepas kelahiran atau putus haid (menopaus). Inkontinens (incontinence) atau kegagalan kawalan pundi kencing adalah keadaan yang dicirikan dengan kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinens urin). Masalah ini lazimnya berlaku dalam kalangan wanita, namun lelaki juga boleh mengalami masalah ini terutama selepas pembedahan kelenjar prostat. Di Malaysia, dianggarkan kira-kira 30 peratus wanita mengalami masalah itu. Selain senaman kegel yang ...
Penggunaan gajet digital punca mata letih
i-Sihat

Penggunaan gajet digital punca mata letih

KUALA LUMPUR: Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak Januari 2020 menyebabkan berlaku perubahan besar dalam kehidupan manusia khususnya dalam pembudayaan norma baharu yang menyaksikan kebergantungan tinggi terhadap gajet digital. Kebanyakan masyarakat dilihat lebih berhati-hati dengan mengurangkan aktiviti di luar rumah termasuk memilih untuk terus bekerja dari rumah dan melakukan aktiviti hiburan termasuk menonton televisyen sebagai menyokong inisiatif kerajaan dalam membendung penularan COVID-19. Perubahan itu secara tidak langsung meningkatkan penggunaan digital dalam kehidupan harian apabila kajian mendapati 17 peratus rakyat Malaysia meluangkan masa menggunakan media sosial selama sembilan jam sehari, malah penggunaan televisyen meningkat dua kali ganda khususnya s...